Thursday, December 09, 2010

Police admits shooting and killing 170 persons in 2008-2009..

Recently, in a court case, a police officer giving evidence under oath revealed the following..

* In the past 10 years, the police shot dead 263 persons
* The breakdown is as follows -  2000(9), 2001 (5), 2002 (27), 2003 (17), 2004 (13), 2005 (9), 2007 (13), 2008 (82) and 2009 (88).
### Was there no one that were shot and killed by the police in 2006? I have doubts as to the completeness of the data given and/or reported.

### Note also the sudden increase that happens in 2008 onwards...this is shocking. Has there been a change in police policy that has resulted in more persons being shot dead? Do the police no longer believe in rule of law and due process?


KUALA LUMPUR: Polis mengaku menembak mati 263 orang dalam tempoh 10 tahun dengan bilangan tertinggi dicatat pada dua tahun terahir ini – melebihi separuh dari keseluruhan kematian.

Sembilan individu ditembak mati pada 2000, 2001 (lima), 2002 (27), 2003 (17), 2004 (13), 2005 (sembilan), 2007 (13), 2008 (82) dan 2009 (88).

Statistik itu berdasarkan kenyataan seorang pegawai polis Bukit Aman ketika memberi keterangan dalam satu prosiding mahkamah melibatkan kes hasutan.

Tentunya, Aminulrashid, remaja berusia 15 yang mati ditembak polis pada 26 April lalu, adalah antara 88 individu yang dikategori polis sebagai ‘penjenayah’.

Selain Aminulrashid, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar yang dilabel polis sebagai ‘Geng Minyak’, juga tergolong dalam mangsa tembakan polis.

Mengikut kenyataan media Peguam Untuk Kebebasan (LFL) hari ini, angka pada statistik itu sebagai mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya sama ada polis mematuhi prosedur melepaskan tembakan.

Menyifatkan angka itu membawa kesimpulan yang polis kerap melepas tembakan sewenang-wenangnya, LFL juga tertanya-tanya hasil siasatan panel khas yang ditubuh Kementerian Dalam Negeri dalam kes melibatkan Aminulrashid.

LFL juga mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menjalankan siasatan terhadap semua kes tembak mati dalam tempoh 10 tahun. - - Keadilan Daily, 29/11/2010, 170 orang mati ditembak polis dalam dua tahun

No comments: